Tuesday

Premium Food for Dolly n Mey.

Bila kita mula menjaga kucing sebagai pets /haiwan peliharaan, bermakna kita juga kena bersedia "melabur" sebahagian wang utk keperluan n kesejahteraan mereka.. bukan cuma main bela2 mcm tu je.. tu pendapat aku la, orang lain .. wallahualam. ..

Kalau nak dikira keseluruhan RM sejak  menjaga mely n dolly almost half thousand juga kot..  tu cuma utk cage ,carrier n aksesori sahaja... , belum masuk maintenance like shampoo, pasir, kibbles/wet food dan ke Vet ( vet tetiap bulan utk 3bulan pertama je)...  Actually makanan, pasir n shampoo  bukan tetiap bulan beli, tapi bila habis je, depends la.. biasanya kibbles n pasir jarang habis serentak . tapi kebetulan semalam mmg psir dah nak habis.. so sekali la cari kibbles . And semalam  aku try beli another premium foods selain dari Blackwood.. iaitu Iams..  beli yang 3kg punya saja nak try, ... well, harga memang mahal sket.. .. but will see the result..



Ok, kat sini aku nak share sikit tentang pemakanan anak2 bulus ni.. dulu aku pun tak tau..

credit to google..

Apa tu Premium Food ?

Premium Food  membawa maksud makanan yang mana sumber proteinnya adalah lebih 30%... ianya  tidak diletakkan sebarang perasa mahupun apa2 pewarna. Begitu juga kandungan ayam yang ada didalam premium food ini adalah mmg chicken meal dan bukan poultry by product.

Premium Food ini tidak berwarna kerana x mengandungi perasa mahupun pewarna... Kebanyakkan  makanan yang berperasa mengandungi GARAM.. seperti mana yang kita tahu, garam adalah sangat tidak bagus untuk kucing.. mereka juga boleh mendapat sakit pundi kencing disebabkan oleh bahaya berpunca dari GARAM.

dibawah adalah contoh perbezaaan makanan Premium Food dan makanan commersial.. perbezaan itu dpt dispot melalui warna.. tengok bawah ni..



Kebiasaan premium food cuma ada satu warna sahaja..

Korang boleh survey premium food ni kat mana2 petshop.. dan antara yang aku tau.. ni antara jenis2 premium food yang bagus .. Evo, Royal Canin, Science Plan, IAMS, Blackwood dan macam-macam lagi.

So far aku selalu bagi kat dak kecik tu Blackwood je, antara premium food yang termurah sekali... Royal canin tak pernah lagi..

tentang pemakanan ni aku takdelah arif sgt, maklumlah aku pun baru nak belajar juga.. korang boleh tgk SINI  as reference.. 

Juga semalam aku beli ni sekali...


Kalau kat kedai FB tu dia jual satu RM26, aku dapat cuma RM18 je instead of RM22 kat botol tu.. best kan kedai petshop tu.. Keistimewaan benda ni.. korang google la ye, aku malas nak type.

And of coz, jgn lupa motif asal... pasir ... brand Fussie Cat... kumpul 10barcode kat blkng tu dapat free 1 pek.. so far dah kumpul 4.. hehehe





Tapi pendek kata,  terpulang la pada masing2.. boleh je kalau korang nak bagi makanan yang sedia ada atau bukan premium ni.. janji korang kena bagi dorg minum banyak air bersih n kasih sayang yg cukup.. kan? kan??

aku just share info je.. org kata sharing is caring..

till then..

daaaaaa

Monday

Tupai dalam kuali aku weiiii..

Aku rasa harini aku off memasak kot.. 

and of coz menjejak kaki kedapur... sbb takuttttttt...

Actually baru2 ni, pisang belakang rumah aku ada setandan.. baru nak masak.. tapi mmg tandan kalini  besar2 belaka.. cantik buahnya.. solid n molid... so aku pun bawak masuk dalam takut busuk x sedar kat luar.

Tapi bukan sebab pisang punca aku taknak masak harini... tapi sebab tupai...

Tadi , time tgh sibuk prepare hubby nak keluar.. aku terdengar ada bunyi... like bunyi kais2 kat belakang.. kat dapur... aku ingat bunyi hujan.. hubby mcm biasa telinga dia mmg x dgr kalau bunyi2 suspens mcm ni.. so aku pasang telinga terus lari intai kat dapur....

Rupa2nya ada something dlm kuali.. aku jalan selangkah lagi n tinggikan kepala... rupanya ada tupai tgh berusaha nak keluar dr kuali.. badan penuh minyak.. Menjerit la aku.. " bang.. bang.. cepat bang.. ada tupai dlm kuali ..!!! "

arghhhh... aku tak tau la orang lain.. tapi aku dah cukup geli ni.. ketaq kaki tgk ada minatang dlm kuali aku.. 

Hubby yang dah smart2 terus lari ke dapur.. sambil cari idea nak keluarkan dia.. eleh geli la tu..  Aku pulak mcm biasa la kalut, sambil dukung awisy yang nak kedapur.. sama naik sibuk nak tgk apa yang jd.... zarra pun sibuk sama.. x paham aku.. kalau aku jd dorang dah lama aku lompat naik kusi.. geli...

Pastu ntah mcm mana tupai tu dapat keluar dari kuali, pastu tercari2 jln keluar.. then menyorok kejap bwh rak basuh pinggan.. pastu lompat blkang almari dapur.. Aduhhhhhhh...!!!!

Hubby cuba selongkar brg2 utk keluarkan dia.. tapi nehi.. takde bunyi dia pun... senyap sunyi.. kuis2 dgn penyapu belakang almari pun xde jugak.. kemana agaknya tupai ni... 

hubby ckp maybe dia dah mati kot sebab lemas dlm minyak kejap td.. or trtelan minyak ke time berusaha nak keluar dr kuali tu.. aku taknak accept sampai aku nampak tupai tu or aku nampak dia keluar rumah.. tapi mmg xde bukti2 yg menunjukkan dia dh keluar or ada dlm umah aku lagi.. agaknya tupai tu trbau pisang sedap, tu yg mencari sampai ke dlm rumah kot.. or dia mmg sengaja cari nahas masuk kuali nak suh aku gorengg... eeeeyuwww..

And now, aku pulak dah takut nak kedapur.. even nak basuh kuali yang dia masuk tadi pun aku geli ... dah la tu minyak baru pakai utk goreng nuget td...  kang dgn dapur n  kuali2 sekali aku buang...

Zarra pulak dr td mintak susu, mengada2 budak ni, kerap pulak dia.. time2 mcm ni pulak tu.. padahal baru 2 jam lepas dah minum susu, bila aku ckp ada tupai kat belakang terus diam.. pastu aku suh dia amikkan air sejuk utk aku, dan2 bagi alasan.. tau pun takut nak g dapur.. hehehehe

Sebelum nak kuar td hubby sempat la konon2nya beri sokongan dan dorongan.. katanya " ala, tupai je.. bukan tikus pun "  ok aku tau dia nak sedapkan hati aku.. tapi aku still x berani lagi ni.. takut je tetiba time aku tgh basuh cawan ke apa ke kat sinki dia melompat atas kaki aku dgn badan penuh minyak.. uwaaaaaaa.... 

So somebody help me.. kasikla semangat kt aku...  huuhuhu

p/s : korang rasa2 tupai tu dh mati ke? or dia dah keluar dr rumah?? .. or aku kena tggu lagi 1-2 hari utk menikmati bau bangkai busuk utk jawapan.?

Saturday

My new header... untuk yg entah berapa kalinya...


So, i had a new header again..

Still with pinky minky concept.. 

Boring.. so this is the result..

Hopefully it should last long in this blog..

till then..

daa.. 

Mari mandikan anak kucing kita....





 



Actually ni mandi masa hari rabu haritu..

P/s : refer to vet, doc suggest kitten under 6mth jgn dimandikan selalu, sebulan sekali pun kira ok.. but for me.. its up to ketahanan body our kitten n ketahanan geli hidung owner dia, kalau rasa kucing sihat n suka dimandikan, x salah kalau kita buat seminggu sekali or 2 minggu sekali.. sbb utk kebersihan n hygiene juga.. x suka la pegang2 kucing yg masam.....

Huhuhu


Thursday

Sajak dari hati...

Hati tak keruan...

Entah mengapa...

Kita semua manusia..

Janganlah memilih rupa..

Suatu masa dahulu pernah kita bergurau manja..

Kini semua hilang serinya..

Jangan memilih tika naik untuk disanjung,

dan tika jatuh untuk dihina...

Kala gembira, diri disanjung.. dimegah.. disebut2..disayang2..

Namun kala berduka, walau hanya seketika.. dihina, dicampak .. dibenci..

Adakah patut itu semua..

Adakah ini balasannya..

Selepas pengorbanan yg diberikan kini tiada erti lagi..

Dimanakah senda gurau dahulu..

Semuanya hilang .. kosong ...

Manusia,..

Mudah lupa..

Moga aku terpelihara dari sifat "lupa" ....

Insyallah.


Monday

Fadhilat Puasa Bulan Rejab

FADHILAT BULAN REJAB    
 
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.


Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:
Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

Israk dan Mikraj (27 Rejab)

Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al Israa': 1)

DOA BULAN REJAB:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Sabda nabi:

"sampaikan dariku walaupun satu ayat"

Friday

Umur Seekor Kucing = Umur Manusia


For ur information.. umur kucing tak sama seperti umur manusia.. walaupun ketika mereka baby.. kerana perkembangan hayat seekor kucing amat pesat.. oleh itu jangan samakan umur anak kucing sama dengan umur anak kita ye kawan2.

Berdasarkan carta, umur Mely & Doly dah sebaya dgn Zarra.

Berapa pulak umur kucing korang??


Thursday

My Mely & Dolly - 3.+ Months already




Holaaaaa...

Harini aku nak citer kisah anak2 bulusku.. info / tips esok2 je ye... hehehe

X sangka anak2 bulusku ni dah masuk 3 bulan lebih dah.. rasa mcm baru je amik mereka berdua ni.

Tgk la si Mely tu.. masa bulan Mac dulu.. aku adopt dia.. umur baru 1.5mth.. kecik sgt2.. manja sgt.. comel je.. ingat lagi.. masa dia baru sampai kerumah ni.. dia xnak langsung dok dlm cage yg aku readykan utk dia.. asyik nak dok menempel je kat aku.. malam tu, dia xnak tido sorg.. takut agaknya.. dia boleh mengiau2 kt bawah ni suh aku turun tgk dia.. bising sgt2.. hubby turun dia buat tak peduli pulak.. tetap juga mengiau2 ..  aku tgh online kat atas, teruslah mummy yg baik hati ni bwk turun lappy online kat bawah sambil belai2 dia yang nak tido atas riba aku.. baru dia lena... manja kan?? dah la masa kecik2 dulu mata biru.. now dah tukar kaler pulak.. mcm main tukar lense pulak.. huhuh

Tu citer Mely, Dolly pulak masa aku amik dia dulu pun 1.5mth something jugak.. yang dia ni aku beli, tak mcm Mely yang aku dpt free sbb owner dia xnak terima duit. Mula2 tulis kat iklan letak harga.. but bila sampai sana nak bg free je rupanya... Dolly masa baru sampai.. tak nak sgt dengan aku.. mungkin sbb agaknya masa amik dia aku bawak sekali Mely.. so dlm keta dia senyap je.. yang Mely pulak dan dan tu nak kasih syg aku, asyik nak dok menyelit je kat awisy yg kt atas riba aku, huru hara jdnya.. agaknya si Mely dah warning si Dolly awal2 jgn nak manja2 sgt kot, sbb ko orang baru.. agaknya la.. hahaha..

Tapi tak lama je Dolly mcm tu, dlm seminggu dah ok ngan aku, tapi yang tak ok diorang asyik bergaduh je.. serius.. mmg bergaduh je. Mely la yang suka menyakat.. maybe sebab dia paling tua dan paling dahulu sebelum Dolly.. jadi mmg selalu bergaduh sampaikan Dolly kena beralah.. and atas nasihat breed, aku campak 2-2 sekali in 1 big cage.. sbb esok malamnya daddy decide  beli cage 3 tier tu..

mmg kesian dolly mula2 dok dlm.. asyik kena buli je.. aku nak marah pun x tau mcmana.. last2 redha je..huhuhu..



ni masa malam pertama diorang tido bersama.. pastu gaduh balik.. hehehe

No lah, actually bukan bergaduh.. tapi bermain.. maybe tu caranya dorang berkenalan antara satu sama lain..

And now they are good friend already..

really.. sangat good friend.. main bersama2.. kemana aje mesti bersama... even aku culik dolly sekejap, Mely dah merata2 mengiau cari Dolly, bila aku letak Dolly depan dia terus jilat2 Dolly.. sayang kan??.


Tapi tu la, mula2 masa jaga Dolly.. dugaan juga rupanya bela kucing parsi a.k.a bulu lebat/panjang nih.. masa Dolly baru sampai.. uk2 dia pun dia x pandai nak jilat habis.. mesti ada lagi saki baki kat montot dia.. sampaikan everytime dia uk2 kat litter dia.. dia x pandai nak kambus balik, so tukang kambus adalah si Mely, everytime mmg macam tu la.. sampaikan aku dah nak pg grooming nak adjust bulu montot dia, nak kasi trim, tp sbb masa tu Dolly xde vaksin lagi.. so x boleh.. nasib ada Mely yang pandai jaga bab2 kebersihan ni.. cewahhhh... But now Dolly dah pandai dah.. sket2 jilat bulu.. orang pegang sket, terus jilat2 bulu.. dah pandai jaga kecantikkan.. hehehe.



Aku bersyukur sebab dapat membesarkan mereka... hopefully umur mereka panjang.. x sabar nak tengok masing2 dewasa.. menjadi kucing besar..

Oh ya, patutnya harini Mely kena vaksin dos ke-2.. and Dolly juga.. tapi x sempat tadi.. tu penting tau.. korang jangan lupa pg vaksin anak bulu masing2.. xnak la dorang sakit2 kan.

Till then.

Daaaaa..

thanks for coming.. :))